Saturday, 5 December 2015

Kolej Matrikulasi Pahang (End of Semester) #Part1


Ok semua tahu aku kat Kolej Matrikulasi Pahang sekarang dan sedang berada dalam Semester 2 iaitu semester akhir untuk dua kaki aku ini bertapak ke universiti usai selesai pengajian disini.

Aku rasa macam aku dulu jugak lah kot, mesti hengkorang yang apply matriks ni bagai nak rak cari kat google pasal kehidupan di matikulasi la apa la bla bla kan hahahahah sbb aku pun cam tu gak lepas aku dapat tahu aku dapat matriks. K kot kot rezeki ko tersangkut kat sini ke kan, so aku cerita lah sikit kat ko macam mana hidup aku kat sini.


  • Masa first minggu orientasi semua muka cam takleh nak adapt kt sini sbb jauh dari mak ayah kan (except kalau dulu kau dok asrama), semua cam nangis la apa la. 

  • Sebilik 4 orang.

  • Pelajar matriks, sebulan diberi bayaran RM250 SAHAJA ya anak-anak iaitu RM2500 in total sepanjang ko berada 10 bulan disini. 

  • Kau akan menuntut selama dua semester untuk Program Satu Tahun (PST), melainkan kau pelajar Program Dua Tahun (PDT) iaitu 4 semester.

  • Kau akan main Kokurikulum untuk satu semester sahaja.

  • Silibus matriks untuk Program Sains ada 3 Modul dan Akaun cuma ada satu.
Untuk Sains:

Modul 1 - Kimia, Biologi, Fizik, Matematik
Modul 2 - Kimia, Fizik, Matematik, Sains Komputer
Modul 3 - Kimia, Biologi, Matematik, Sains Komputer

Modul untuk pelajar sains ni diberi berdasarkan result spm ko ye adik-adik. Tapi boleh tukar, jgn risau. Sains nak tukar ke Akaun pun boleh. Tapi ikut nasib gak la.

  • Kat sini ada 3 blok, A, B dan C. Blok B adalah blok lelaki sahaja dan bagi perempuan dan gadis-gadis yang dapat kat Blok A1 atau A2, tahniah lah sebab ko punya blok kat sini adalah blok paling jauh sekali daripada Bilik Tutoran, Kubikal (bilik guru), surau, mini mart. Kau cuma dekat dengan library, makmal komputer dan Dewan kuliah sahaja huhuhuhuhuh :p Takde dik, ko jgn sedih sgt sbb aku pun blok A1 gak.

  • Kalau bulan puasa, dalam kolej ni ada bazar. Nanti semua dak dak dari UMP, UIA semua beli makanan sini je le. Cuma satu je la, bazar tu kat depan guard tu dan aku punya blok kat hujung belakang, yes embrace yourself dik.

  • Kat sini atm yang ada hanyalah BANK RAKYAT dan BANK ISLAM. Aku tak tahu lah batch kau nanti pakai bank apa nak dapat elaun tapi kiteorg dapat kat BSN so bila cucuk ada GST mari ber-huhuhuhuhuhuhuhuhu lagi.

  • Kat matriks pahang tak boleh pakai jubah ye ke kelas, baju kurung sahaja. Lelaki boleh pakai baju melayu hari Jumaat untuk ke kelas.

  • Kalau enta dan enti mahu outing, untuk ke bandar membutuhkan masa selama satu jam ye dan kalian perlu naik rapid ya itu dia. Outing lelaki dan perempuan di hari lain-lain bukan serentak cam kalau perempuan hari Sabtu lelaki hari Ahad.
Mari akak belanja gambar-gambar di Kolej Matrikulasi Pahang kerana yang berpijak di Kolej ini adalah antara insan yang terpilih untuk menuntut ilmu secara fast-track dan kalian sgt hebat jika kalian dapat perform. Dan ingat matlamat kalian adalah untuk dapatkan CGPA 4.0, bukan untuk mencari jodoh. Mari gembirakan ibu bapa kita, mari bantu ummah dan mari buat ini kerana Allah swt.




Jgn risau, cermin disediakan ya!



Inilah tempat kau nak menguruskan badan :p





Apa-apa leh contact aku kt twitter. Habis matriks nanti aku buat #part2 k!




Riak


Ada satu perkara yang semua orang tak suka tapi sebenarnya semua orang buat, Riak.

Riak datang tanpa kita tahu pun. Kadang kita tak sedar. Bukan bermakna kita sedang dibuai mimpi tapi sebab hati. Hati yang yang bersih dilapah oleh syaitan. Kadang kau dengan aku memang nampak baik, tapi sebenarnya dalam baik tu ada hipokrit, ada riak, ada munafik. Bila fikir yang kita ni dah cukup baik, jiwa mula meleset bangga cakap kau dah cukup baik dan untuk apa lagi kau serahkan diri kau pada Tuhan. Dan sekarang, bila riak tu menguasai diri, kau mula seronok. Mula seronok dengan lambungan pujian daripada sekeliling yang nampak betapa maksumnya diri kau walhal, yang mereka lihat hanya topeng durjana seorang manusia.

Kau tak sedar. Aku ulang lagi, kau tak sedar.

Kau tak tahu yang kau ni sebenarnya tengah riak.
Takpe janji jangan ambil mudah kehidupan atas donia sebab akhirat nanti cerita kita akan jadi sepanjang cerita yang kau tak pernah langsung bayang. Sentiasa improve diri (bukan dalam keadaan riak), tapi bila kau dah terbiasa buat benda baik, kau akan rasa ikhlas dalam buat sesuatu benda tu.

Yang baik datang dari Allah, aku dan kau cuma manusia hina yang nak hindarkan riak dari pangkal jalan seorang yang sesat tanpa dia sedari, kita lah tu, manusia.