Sunday, 6 September 2015


Pintu dibuka perlahan. Kelihatan manusia dari selang beberapa bilik juga sedang membuat perkara yang sama. Cuma ada yang menghempas, ah mungkin dia terlampau penat dengan kuliah dan tuto yang telah membuatkan otaknya bekerja dengan lama dan laju. Terus, baju kuliahnya diganti dengan baju yang lebih selesa untuk memudahkan pergerakannya. Wuduk diambil dan solat asar didirikan. Ya, solat yang didirikan selepas pulang dari kelas yang mana waktunya sering kali dilewatkan atas bermacam-macam alasan seperti adanya consultant hour untuk subjek tertentu atau encik/puan pensyarah memanggilnya ke kubik kecil mereka. Entah, terkadang apa yang dia lakukan dia tak tahu nanti bagaimana hendak jawab bila berhadapan dengan Tuhan. Dia sedar masa yang digunakan mostly adalah dengan belajar. Cuma niat untuk belajar lillahitaala itu mungkin kadang dia terlepas pandang. Untuknya apa yang penting adalah assignment dan homework, complete. Soal 'apa Tuhan redha dan memberkati jihad aku ini?' seringkali menyinggah dibenak fikirannya yang paling dalam. Lama dia berfikir, mungkin banyak memikirkan tentang hubungannya dengan Tuhan semakin jauh dan dia tak lagi dilihat dan lama tidak mempraktikkan hidupnya sebagai seorang yang solehah atas asbab-asbab dia terlalu fokus mengejar kejayaan dunia. Ikutkannya, dia tidak mahu ditempatkan disini. Subjek sains adalah subjek yang utama yang dia singkirkan semasa berada ditingkatan lima sewaktu dia mengisi borang upu kerana dia sedar betapa peritnya belajar dan membuat sesuatu dengan hati yang tidak ikhlas kerana Allah kerana bukan jenis dia yang sentiasa menjadi seorang yang terlalu bergantung dengan buku, buku, buku dan hidupnya hanya kerana buku. 

'Kalau tidak ikhlas dan belum mampu meletakkan sepenuh jiwa dan raga di tempat ini, kenapa kamu masih disini?'

Bila diajukan solan sebegitu, terbayang wajah orang tuanya yang teringin sekali melihat anak yang dikandung, ditatang dan dijaga dengan penuh kasih sayang itu menjadi seorang yang boleh dibanggakannya. Teringat setiap kali orang tuanya menghantar dia pulang ke tempat belajar, tubuhnya akan dipeluk dan dia dititipkkan dengan suara lembut seorang ayah dan seorang ibu, 'Belajar bersungguh-sungguh nanti berjaya boleh bantu ibu dan ayah. Kalau nak duit minta je nanti ayah bank-in kan. Jangan lupa untuk makan.' 
Allahu, belum mampu dia cakap kepada orang tuanya yang dia sesungguhnya tidak mahu berada disini. Tapi apakan daya, impian ibu bapanya adalah untuk melihat dia berjaya dalam bidang yang tidak diminatinya. Mahu tidak mahu, dia perlu menghabiskan pengajiannya dan menuju kejayaan ke menara gading. Air mata mengalir setiap kali teringatkan betapa besarnya pengorbanan orang tuanya untuk membesarkan dia dan adik-beradiknya yang lain. Mungkin kerana impian dan cita-cita ibu bapanya yang tinggi untuk melihatnya berjaya membuatkan dia merasakan betapa pentingnya untuk dia survive didalam kolej ini.

Setiap kali dia berbicara dengan Tuhan, dia minta untuk kejayaannya diatas dunia mampu membuatkan dia membantu kedua orang tuanya, keluarganya dan ummah masyarakat. Dia minta untuk sentiasa diikhlaskan dirinya dalam setiap perkara yang dia dilakukan supaya apa yang dia lakukan diatas dunia dapat membantunya menjelang akhirat di saat dia ditimbangkan di Mahsyar.

Rakan sebilik yang lain pulang. Mereka berempat keluar ke kafe untuk makan malam. Setiap kali makanan terhidang didepan mata, terbit rasa rindu terhadap masakan ibu di kampung. Semangatnya untuk menghabiskan pengajian semakin tinggi, ah bukan orang rasa apa yang dia rasa. Dia perlu menghabiskan pengajian dengan cgpa 4.0 kerana dia sudah terlalu rindu dengan masakan ibu. Ini janjinya, buat kedua orang tuanya. Setiap kejayaan yang dia inginkan didalam hidupnya, dia titipkan dengan doa buat Sang Pencipta yang tidak pernah berhenti mendengar tentang permintaan dia yang terlalu demand itu. Mungkin apa yang terbaik adalah dengan stick to the rezk that Allah swt has provide for you. 

Dia duduk di meja studynya untuk menyiapkan kerja yang diberikan pensyarah sebagai persediaan menjelang esok hari. Tidaklah dia kelam-kabut nanti untuk bersiap esok. Selesai membuat kerja, dia telefon kedua orang tuanya bertanya khabar, penat dan lelahnya bertukar tawa. Sungguh, ibu bapanya tahu bagaimana keaadannya pada ketika itu.