Sunday, 22 February 2015

Perkampungan Menara Gading Selangor 2015.


18 sampai 21 feb haritu aku ada join program under pepias which is Perkampungan Menara Gading kat Universiti Malaya.

Ni aku nak share apa yang aku dapat sebab setakat ni takde siapa lagi yang ada tanya aku apa yang aku dapat kat sana so aku share la kt sini wahahahahahhaha. Lagipun abang tutor aku pun ada cakap 'kang kau balik kang ko nak jawab pe kt mak bapak ko apa yg ko dapat kt sini, nk cakap aku ajar ko jalan itik je ke?' (ajar jalan itik sebab bila group haku buat salah ke, tk dapat jawapan ke nnt kena jalan itik)


 Ok ini tutor iols, Abang Zhafir & one of my group members.


Ok aku nak share ni ha baik ko baca sampai habis.

Day 1 -

Al Hujrat: 13 - Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 

Sudah terang lagi bersuluh ini pasal perkenalan kan?

So apa yang aku belajar adalah nak kenal orang, kita kena tahu 4T. Taaruf, tafahum, ta'awun, takaful.

- Taaruf ni cam kita kenalkan diri kita kat orang la pastu baru kita dapat rasa kasih sayang dan ukhuwah sesama kita.
- Tafahum ni saling faham & memahami. Kita kena faham orang lepas kita dah kenal dia. Faham pasal dia, nape dia jadi cam sekian-sekian, nape perangai dia cam sekian-sekian ke ha gitu.
Ta'awun ni tolong. Kita bila dah kenal orang, kita mesti tolong dia ala cam kalau kawan ko tkleh nak jawab soklan addmaths, pastu ko tolong dia.Tapi sebenarnya dgn orang yg ko tak kenal pun ko kena tolong kalau dia nk mintak tolong. Ko jgn nk rasis pulak bab nak tolong orang ni.
- Takaful ni pulak jaga kebajikan cam hulur bantuan kewangan jika diperlukan, membantu bila ditimpa kesusahan atau tanya pasal keperluan cukup ke tak cukup ke ha gitu.


Day 2 -

Hari kedua, tutor kiteorang cerita pasal setiap manusia ada kelebihan & kekurangan, pastu bila kita nak apa-apa pun, mesti akan ada halangan walau seketul kuman pun dan last sekali pasal potensi diri.

Cerita pasal potensi ni, ada satu quote yang tutor bagi which is "You Are What You Think". Kau tahu apa yang kau nak, kau tahu kemampuan diri kau, kau tahu apa yang terbaik untuk kau sendiri, bukannya orang lain. Bukan mak bapak kau bukan kawan kau bukan kucing kau. Diorang semua hanya akan support kau atau akan tolak benda yang kau paling nak dalam hidup. Sebab tu bila kita dah tahu apa potensi kita, kita kena usaha.

Pastu petang pulak tutor bincang pasal matlamat. Kenapa kita kena ada matlamat? Bila kita ada matlamat, kita akan tahu hala tuju kita ke mana dan kita akan tahu apa cara yang terbaik untuk kita capai matlamat.

Day 3 -

Hari ketiga tutor share pasal persediaan. Allah bagi keutamaan untuk kita bersedia melalui pandangan, pendengaran dan hati supaya kita menjadi orang yang beriman. Nak jadi orang yang bersedia ni, kita kena ada ilmu, fokus, selalu bertanya dan jati diri.

Ilmu ni ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Islam amat memberi kejayaan. Bila kita nak ilmu, perlu berguru sebab nak bertanya. Tutor kiteorang cakap dalam hidup kita ni, semua orang mesti tahu pasal common sense, mesti tahu fikir logik sebab ayyyyyy ko nak jadi pe kalau taktahu pasal keadaan semasa ha gitu ler kabor nye.

Sebab kena fokus ni pulak cam kalau kau nak cari ilmu, tapi ilmu tu duduk tersorok dalam kegelapan, takkan kau nak bior je. Ko nak orang panggil ko bodo ke hak alah. Dengan itu ya kawan-kawan, ko kena la pergi bertanya, pergi merujuk kepada orang yang berilmu dan jangan lupa untuk fokus dengan ilmu yang disampaikan hoccay chuols.

Jati diri ni pulak kau akan dapat bila kau cari ilmu dalam keadaan berfokus. 

Malam tu ada sharing session dalam slot CaCaCa pasal kehidupan di universiti. Aku boleh cerita tapi aku rasa cam ko boleh imagine sendiri kan apa pros & cons dia.

Day 4 -

Last day. Pagi tu last sharing session kiteorang dengan abang zhafir. Kiteorang belajar pasal jemaah. Cam macam mane nak cari kawan, jangka masa kita dalam bulatan gembira jemaah tu sekejap ke lama ha gitu la.

Kita kena hidup berjemaah ni sebab dengan hidup berjemaah kita dapat mengangkat hak masyarakat lebih daripada hak individu. Hak individu ni pulak penting untuk diberi kepada masyarakat sebab masyarakat tu sendiri terdiri daripada individu. Pastu baru lah kita boleh berbakti kepada masyarakat tanpa mementingkan diri sendiri ha gicew.

Kenapa pentingnya jemaah tu?
1) Ukhuwwah
2) Melengkapi antara satu sama lain
3) Upgrade diri



***


Ok dah pastu terus majlis penutup & aku terus balik. Tak sempat nak tangkap gambar dengan tutor & dengan dak-dak group ku yang ku chentai sekalian.


Hahahahahahahahahah ada gambar dengan sakinah, kema & kak nisa je sebab semua aku kenal hahahahahahahahaha rakusnya aku ini ya tuhan.


Ok moga ilmu yang aku share ni dapat dimanfaat sepenuhnya sebab kalau tak nanti rugi sepanjang zaman ko tahu tak abang zhafir ni tutor lain daripada lain sebab dulu aku join program pepias pun dapat tutor laki gak tapi ay dorang ni memang lain la cerita dia ha gituh. Ciao!


#pmgs15 #pepias #gphu