Thursday, 29 January 2015

INSECURITIES | 2015


Dulu kecit-kecit ko tak penah ada zaman kegemilangan ke? Sebab aku ada.


Siapa kata dak dak pompuan gemok ni sentimental dia hanya cenderung dan tertumpu kepada makanan yang lazat sahaja dia bodoooooo sebab ko hengat ko yang kurus cekeding biskut kering cicak kobeng ni je ke yang ada perasaan sedikit terangsang (perasaan ok) kepada lelaki kacak. Rasanya semua pompuan akan jadi cam bajet gedik, bajet konfiden, bajet bebetul kan tudung ke ape ke kan bila jumpa laki hensem, termasuklah golongan pompuan yang free size. Aku ni kalau ko ada kategori kumpulan untuk saiz badan, aku yang besar/lebar/pendek. 


Aku rasa zaman aku yang paling bajet time aku form 1-2. Kan aku sekolah petang, so bila pagi tu aku ada time sikit nak berhias ibarat pompuan plastik ke sekolah. Aku ingat lagi ada beberapa orang menegur dengan kata-kata yang baik dan buruk di atas kejadian aku ke sekolah dengan sedikit sentuhan mekap seperti maskara dan lip balm yang kalau kau kau pakai serta-merta bibir kau merah bak delima. Nah ambik ko sedikit lakonan semula-

"Kening Haiqal tebal do pastu bersambung pulak cam minah arab" (padahal dia taktau haku guna maskara dengan niat hendak menunjuk kepada lelaki yang aku suka bahawa memang badan aku besar tapi kening aku boleh memberikan wow factor kepadanya)

"Ko ni nak pergi sekolah bibir merah-merah nak jadi badut ke?" (Ini paling best sebab tragedi ini keluar daripada mulut bapak haku sendiri)

form 3

Aku naik form 3 lagi la huru-hara. Aku rasa bila dah besar ni aku pikir balik nape time aku form 3 dulu aku tak start fan-girling dgn aktor&aktres korea supaya personaliti plastik aku semakin membuak-buak walaupun aku obes tahap 2 time tu. Tapi walaupun aku bergerak solo tanpa bantuan artis kpop, aku tetap istiqomah dengan identiti plastik aku. Sebab laki yang aku suka masa form 3 dulu sama kelas dengan aku, so bilamana aku lihat cermin, aku akan betulkan tudung sampai walau sesaat angin kencang tidak dapat mengalahkannya. Pastu aku kalau rehat hanya beli air kotak ok dengan harapan akan terserempak dengan lelaki yang dicintai dan dia bermonolog dalam hati "Haiqal rehat minum air kotak je? Diet ke do? Peh cane kalau dia kurus nanti" Hahahahahahahahah itulah dia aku time form 3.

form 4

Form 4 aku rasa cam dah tobat sikit kot sebab pindah sekolah pastu jumpa balik kawan-kawan lama sekolah rendah so perangai aku jadi lain sikit la hak alah ko ni takkan aku nak belakon jadi fazura pulak kalau badan besar gini. Form 4 aku yang aku ingat, aku telah tinggalkan segala agenda mekap aku sebelum ke sekolah kerana tiada kumbang yang tertarik dengan bunga ini hahhahahahahaha takdelah. Aku rasa ko kalau ko dah matang, ko takde nak buat bende bodo lagi la kot bila dah besar ni. Lantas aku semakin menjadi diri aku sendiri dan pendirianku kembali jitu cam dah back on track gitu. Tapi berat badan tetap maintain obes chuols! whaahahahahahahah.

form 5

Naik form 5, dah normal. Otak kiri dan kanan boleh berfikir dengan lebih seimbang (cite die cam aku ni seorang kanak-kanak yg baru mumaiyiz tau). Maksud dia, aku dah kat ph7, ok. 


DULU JADI PLASTIK SEBAB KURANG KONFIDEN KOT-





Thursday, 8 January 2015

Its 2015!


Rasa macam pelik pulak kalau hayat aku ni digunakan hanya untuk bermain seketul bola badminton bersama raketnya sahaja ha gitu drama sangaaat. Jadi aku pun dengan girangnya selepas habis spm hanya duduk di rumah melepak diatas katil dari pukul selepas isyak sampai la pukul sebelum subuh. Nak ajak teman seperjuangan meleset tak tentu arah takleh gak sebab dorang semua ada hal ye la lepas habis spm ni la orang nak keje nak bincang hal kawen nak dating dopulohpat jam nak belajar masak nak belajar jahit ha sume tu la kita yang kat rumah ni mana lah nak tahu weh yang aku tahu lepas bangun subuh haku tidor balik sampai pukul sepuluh, mandi pastu masuk bilik tidor balik wahahahahahkakaakak ko rasa tak dalam hati ko 'minah ni kalau kawen dgn haku mesti beradventurous hidup haku' Yela kan, mana aku nak dapat keceriaan dihati ini tatkala teman-teman semua rakus mencari rezeki untuk membeli seketul iphone yang kurang zat jika terjatuh, punah kecai semua ha amik ko diskripsi aku sungguh berwawasan. Jadi duduklah aku bersama seekor bulma meniti detik-detik riang seorang orang bersama seekor kucing seperti ketawa bersama menangis pun bersama.


2015, Masuk tahun baru, aku masih disini.