Saturday, 5 December 2015

Kolej Matrikulasi Pahang (End of Semester) #Part1


Ok semua tahu aku kat Kolej Matrikulasi Pahang sekarang dan sedang berada dalam Semester 2 iaitu semester akhir untuk dua kaki aku ini bertapak ke universiti usai selesai pengajian disini.

Aku rasa macam aku dulu jugak lah kot, mesti hengkorang yang apply matriks ni bagai nak rak cari kat google pasal kehidupan di matikulasi la apa la bla bla kan hahahahah sbb aku pun cam tu gak lepas aku dapat tahu aku dapat matriks. K kot kot rezeki ko tersangkut kat sini ke kan, so aku cerita lah sikit kat ko macam mana hidup aku kat sini.


  • Masa first minggu orientasi semua muka cam takleh nak adapt kt sini sbb jauh dari mak ayah kan (except kalau dulu kau dok asrama), semua cam nangis la apa la. 

  • Sebilik 4 orang.

  • Pelajar matriks, sebulan diberi bayaran RM250 SAHAJA ya anak-anak iaitu RM2500 in total sepanjang ko berada 10 bulan disini. 

  • Kau akan menuntut selama dua semester untuk Program Satu Tahun (PST), melainkan kau pelajar Program Dua Tahun (PDT) iaitu 4 semester.

  • Kau akan main Kokurikulum untuk satu semester sahaja.

  • Silibus matriks untuk Program Sains ada 3 Modul dan Akaun cuma ada satu.
Untuk Sains:

Modul 1 - Kimia, Biologi, Fizik, Matematik
Modul 2 - Kimia, Fizik, Matematik, Sains Komputer
Modul 3 - Kimia, Biologi, Matematik, Sains Komputer

Modul untuk pelajar sains ni diberi berdasarkan result spm ko ye adik-adik. Tapi boleh tukar, jgn risau. Sains nak tukar ke Akaun pun boleh. Tapi ikut nasib gak la.

  • Kat sini ada 3 blok, A, B dan C. Blok B adalah blok lelaki sahaja dan bagi perempuan dan gadis-gadis yang dapat kat Blok A1 atau A2, tahniah lah sebab ko punya blok kat sini adalah blok paling jauh sekali daripada Bilik Tutoran, Kubikal (bilik guru), surau, mini mart. Kau cuma dekat dengan library, makmal komputer dan Dewan kuliah sahaja huhuhuhuhuh :p Takde dik, ko jgn sedih sgt sbb aku pun blok A1 gak.

  • Kalau bulan puasa, dalam kolej ni ada bazar. Nanti semua dak dak dari UMP, UIA semua beli makanan sini je le. Cuma satu je la, bazar tu kat depan guard tu dan aku punya blok kat hujung belakang, yes embrace yourself dik.

  • Kat sini atm yang ada hanyalah BANK RAKYAT dan BANK ISLAM. Aku tak tahu lah batch kau nanti pakai bank apa nak dapat elaun tapi kiteorg dapat kat BSN so bila cucuk ada GST mari ber-huhuhuhuhuhuhuhuhu lagi.

  • Kat matriks pahang tak boleh pakai jubah ye ke kelas, baju kurung sahaja. Lelaki boleh pakai baju melayu hari Jumaat untuk ke kelas.

  • Kalau enta dan enti mahu outing, untuk ke bandar membutuhkan masa selama satu jam ye dan kalian perlu naik rapid ya itu dia. Outing lelaki dan perempuan di hari lain-lain bukan serentak cam kalau perempuan hari Sabtu lelaki hari Ahad.
Mari akak belanja gambar-gambar di Kolej Matrikulasi Pahang kerana yang berpijak di Kolej ini adalah antara insan yang terpilih untuk menuntut ilmu secara fast-track dan kalian sgt hebat jika kalian dapat perform. Dan ingat matlamat kalian adalah untuk dapatkan CGPA 4.0, bukan untuk mencari jodoh. Mari gembirakan ibu bapa kita, mari bantu ummah dan mari buat ini kerana Allah swt.




Jgn risau, cermin disediakan ya!



Inilah tempat kau nak menguruskan badan :p





Apa-apa leh contact aku kt twitter. Habis matriks nanti aku buat #part2 k!




Riak


Ada satu perkara yang semua orang tak suka tapi sebenarnya semua orang buat, Riak.

Riak datang tanpa kita tahu pun. Kadang kita tak sedar. Bukan bermakna kita sedang dibuai mimpi tapi sebab hati. Hati yang yang bersih dilapah oleh syaitan. Kadang kau dengan aku memang nampak baik, tapi sebenarnya dalam baik tu ada hipokrit, ada riak, ada munafik. Bila fikir yang kita ni dah cukup baik, jiwa mula meleset bangga cakap kau dah cukup baik dan untuk apa lagi kau serahkan diri kau pada Tuhan. Dan sekarang, bila riak tu menguasai diri, kau mula seronok. Mula seronok dengan lambungan pujian daripada sekeliling yang nampak betapa maksumnya diri kau walhal, yang mereka lihat hanya topeng durjana seorang manusia.

Kau tak sedar. Aku ulang lagi, kau tak sedar.

Kau tak tahu yang kau ni sebenarnya tengah riak.
Takpe janji jangan ambil mudah kehidupan atas donia sebab akhirat nanti cerita kita akan jadi sepanjang cerita yang kau tak pernah langsung bayang. Sentiasa improve diri (bukan dalam keadaan riak), tapi bila kau dah terbiasa buat benda baik, kau akan rasa ikhlas dalam buat sesuatu benda tu.

Yang baik datang dari Allah, aku dan kau cuma manusia hina yang nak hindarkan riak dari pangkal jalan seorang yang sesat tanpa dia sedari, kita lah tu, manusia.

Wednesday, 28 October 2015

Rant On October

Assalamualaikum.

In shaa Allah my exam will end on 7 nov 2015 and ill be free from matriks for two weeks & then ill continue with sem 2. Recently i am thinking why on earth would i take the exams as i am not going to live on this dunya forever. And i think most of the students here have the same thought as i do.

I remember as i joined some programmes after spm, i always got the same input throughout the process (of being a good muslim). The only reason why i keep struggling here in matriks eventhough i am not so into this programme at first because i wanted to help the ummah. I really do. I am afraid if we were able to see our Prophet saw on the day of judgement and you and me as a muslim with a responsibility had been asked about how was his ummah doing while he was not there to guide us & look at us as we are down here on dunya doing nothing that can never help to save the ummah. How would your respond be im asking you?

I am helping myself to always remember what is my main goal on this dunya and hereafter & what are the features do i need to complete in order to achieve my goal.

I have 4.

Firstly, i want to be a better slave for my Creator
Secondly, i want to be a better ummah for Prophet saw
Thirdly, i want to be a good daugter to my parents
Fourthly, i want to help the ummah to be a better slave to Allah swt, a better ummah to Prophet saw, and a good child to their parents

Thats all that i want to achive in my life.
Nothing could replace this.

And by that, i need to perform well in my studies. That will conclude everything you see?



Monday, 19 October 2015

A Diary


Diari tak semestinya tak boleh dikongsi. Sejak aku duduk kat matrikulasi ni, emosi aku jadi tunggang-terbalik, ha ko diskripsi dia cam hidup aku ni leh diibaratkan dengan taufan ewah ok tak aku gurau.

Aku ada satu habit iaitu aku suka kompol buku nota tak kisah lah buku tu kecik ke besau ke buku jpn ke buku kerajaan malaysia ke hospital ke eh cam banyak sangat lah pulak buku ok anyway buku yang aku ada semua akan digunakan untuk dijadikan diari. Oleh itu, kau akan perasan yang aku memang jenis yang syok sendiri sebab bila ada buku, aku akan start menulis.


Ok aku kongsi sikit apa yang pernah aku rasa & masih lagi rasa.



Selasa, 18/8/2015


Its been almost 100 days (83 days to be exact) since I started here in matrikulasi. Its quite tough but I know somehow it will help me someday in my future. I believe that if we keep on struggling and praying to strive for what we wanted the most in our life, inshaAllah Allah swt will pay the effort and hardship in a way that we ourself wanted it to be.  Its difficult yes I have to admit it. But with this difficulties, we can prove to others what is impossible can be possible. Find your strength. Remember that you live to impress your Creator not humans.



Lagi satu, aku dapat keyakinan untuk teruskan apa yang aku start ni sebab mak bapak aku tak pernah nak push aku gila-gila cam mak bapak orang lain. Tapi aku tahu apa yang dorang harapkan. Dorang tak pernah pesan kat aku belajar pandai-pandai, tengok anak cik senah tu ha senang je mak tengok. Tak, takde. Mak bapak aku bukan yang macam tu. Diorang jenis yang kalau sampai tu je kau mampu, jangan paksa lagi. Tapi itu la, takkan aku nak balas jasa mak bapak aku ala kadar je. So, since that moment I started to realise that to be success in dunya wal akhirah, I need to keep focus on which road I tend to follow because once I failed, I need to get back to square one and play all over again.


I wanted to be a dentist but He knows better-So ya thats all thnkyou.
(thats when I was told to write using my left hand lol)






Sunday, 6 September 2015


Pintu dibuka perlahan. Kelihatan manusia dari selang beberapa bilik juga sedang membuat perkara yang sama. Cuma ada yang menghempas, ah mungkin dia terlampau penat dengan kuliah dan tuto yang telah membuatkan otaknya bekerja dengan lama dan laju. Terus, baju kuliahnya diganti dengan baju yang lebih selesa untuk memudahkan pergerakannya. Wuduk diambil dan solat asar didirikan. Ya, solat yang didirikan selepas pulang dari kelas yang mana waktunya sering kali dilewatkan atas bermacam-macam alasan seperti adanya consultant hour untuk subjek tertentu atau encik/puan pensyarah memanggilnya ke kubik kecil mereka. Entah, terkadang apa yang dia lakukan dia tak tahu nanti bagaimana hendak jawab bila berhadapan dengan Tuhan. Dia sedar masa yang digunakan mostly adalah dengan belajar. Cuma niat untuk belajar lillahitaala itu mungkin kadang dia terlepas pandang. Untuknya apa yang penting adalah assignment dan homework, complete. Soal 'apa Tuhan redha dan memberkati jihad aku ini?' seringkali menyinggah dibenak fikirannya yang paling dalam. Lama dia berfikir, mungkin banyak memikirkan tentang hubungannya dengan Tuhan semakin jauh dan dia tak lagi dilihat dan lama tidak mempraktikkan hidupnya sebagai seorang yang solehah atas asbab-asbab dia terlalu fokus mengejar kejayaan dunia. Ikutkannya, dia tidak mahu ditempatkan disini. Subjek sains adalah subjek yang utama yang dia singkirkan semasa berada ditingkatan lima sewaktu dia mengisi borang upu kerana dia sedar betapa peritnya belajar dan membuat sesuatu dengan hati yang tidak ikhlas kerana Allah kerana bukan jenis dia yang sentiasa menjadi seorang yang terlalu bergantung dengan buku, buku, buku dan hidupnya hanya kerana buku. 

'Kalau tidak ikhlas dan belum mampu meletakkan sepenuh jiwa dan raga di tempat ini, kenapa kamu masih disini?'

Bila diajukan solan sebegitu, terbayang wajah orang tuanya yang teringin sekali melihat anak yang dikandung, ditatang dan dijaga dengan penuh kasih sayang itu menjadi seorang yang boleh dibanggakannya. Teringat setiap kali orang tuanya menghantar dia pulang ke tempat belajar, tubuhnya akan dipeluk dan dia dititipkkan dengan suara lembut seorang ayah dan seorang ibu, 'Belajar bersungguh-sungguh nanti berjaya boleh bantu ibu dan ayah. Kalau nak duit minta je nanti ayah bank-in kan. Jangan lupa untuk makan.' 
Allahu, belum mampu dia cakap kepada orang tuanya yang dia sesungguhnya tidak mahu berada disini. Tapi apakan daya, impian ibu bapanya adalah untuk melihat dia berjaya dalam bidang yang tidak diminatinya. Mahu tidak mahu, dia perlu menghabiskan pengajiannya dan menuju kejayaan ke menara gading. Air mata mengalir setiap kali teringatkan betapa besarnya pengorbanan orang tuanya untuk membesarkan dia dan adik-beradiknya yang lain. Mungkin kerana impian dan cita-cita ibu bapanya yang tinggi untuk melihatnya berjaya membuatkan dia merasakan betapa pentingnya untuk dia survive didalam kolej ini.

Setiap kali dia berbicara dengan Tuhan, dia minta untuk kejayaannya diatas dunia mampu membuatkan dia membantu kedua orang tuanya, keluarganya dan ummah masyarakat. Dia minta untuk sentiasa diikhlaskan dirinya dalam setiap perkara yang dia dilakukan supaya apa yang dia lakukan diatas dunia dapat membantunya menjelang akhirat di saat dia ditimbangkan di Mahsyar.

Rakan sebilik yang lain pulang. Mereka berempat keluar ke kafe untuk makan malam. Setiap kali makanan terhidang didepan mata, terbit rasa rindu terhadap masakan ibu di kampung. Semangatnya untuk menghabiskan pengajian semakin tinggi, ah bukan orang rasa apa yang dia rasa. Dia perlu menghabiskan pengajian dengan cgpa 4.0 kerana dia sudah terlalu rindu dengan masakan ibu. Ini janjinya, buat kedua orang tuanya. Setiap kejayaan yang dia inginkan didalam hidupnya, dia titipkan dengan doa buat Sang Pencipta yang tidak pernah berhenti mendengar tentang permintaan dia yang terlalu demand itu. Mungkin apa yang terbaik adalah dengan stick to the rezk that Allah swt has provide for you. 

Dia duduk di meja studynya untuk menyiapkan kerja yang diberikan pensyarah sebagai persediaan menjelang esok hari. Tidaklah dia kelam-kabut nanti untuk bersiap esok. Selesai membuat kerja, dia telefon kedua orang tuanya bertanya khabar, penat dan lelahnya bertukar tawa. Sungguh, ibu bapanya tahu bagaimana keaadannya pada ketika itu. 





Friday, 21 August 2015

Kagum


Ada seorang perempuan dekat kolej ni yang mana bila aku nampak dia, aku rasa kagum.

Aku tak tahu la tapi kagum aku tu cam aku takleh nk berhenti tengok dia. 
Tengok perbuatan dia.

Luaran dia, mmg solehah.

Dia kalau senyum dekat lelaki dgn perempuan, senyum dia lain. Dekat lelaki memang dia senyum, aku tak tahu lah dia cover ke cane kan tapi senyum dia sederhana je ha gitu. Kalau dgn kengkawan perempuan dia, senyum dia tu mmg senyuman yg menawan hahahhaahahahhh.

Macam ni je, aku kat sini susah nak dapat tarbiyah dari org. So bila cam tu, aku cuba nk tarbiyah diri aku dari segi perwatakan org lain.

Kau nk ke jadi ummah yg tak tahu nak sampaikan dakwah dekat ummah yang lain? Kita kena bantu. Kalau bukan kita yg tolong untuk sebarkan dakwah islamiah tu sendiri, siapa lagi? Tak dapat nk berbulatan gembira pun at least kita tunjuk contoh yang baik.

Sama la macam perempuan ni. Dia tunjukkan contoh yang baik, yang mmg patut pun utk kita ikut.

Sbb manusia yang baik adalah manusia yg mampu beri manfaat kpd org lain, khoirunnas anfa'uhum linnas.


Tapi satu je pasal perempuan ni yg buat aku rasa insecure,  





dia cantik dan solehah.




Sunday, 12 July 2015

Life As A Student; yknow the list wont stop


Salam alayk.

Matriculations students, they know very well how to define stress.

How does this writing affects me? Alot.

I can write a lot but I cannot manage my time here very well so..; but I am still trying though

Its funny how you can be so ambitious and spiritual at first but then you lose everything in a least amount of time.

I dont blame matrics for choosing me to be one of their students here, I even feel grateful for what God has sent me to.

Its just me that cannot suit myself with the environment, YET.

When I first started my class here, the first and second week, it felt like I cannot cope with everything that I had learned and I cried, almost everyday.

What did I do?

I read, while I was crying.

Al Baqarah: 286

And I call my family.

But the strength that I have now is not enough to beat the strength of Prophet pbuh when he was there saving his ummah from falling apart.

So now, it is my responsibility to keep focus on what I have been working for and I must fight till the very end.

Win or lose it doesnt matter as long as I have the determination to finish what I have started first.



Oh, and salam ramadan and selamat berbuka!










Tuesday, 28 April 2015

Self Esteem?


What can you do in order to gain the self esteem that you thought you would never have? Come on man, as a student you yourself know that we need the guts to confront people especially our lecturers and teachers with the presentations and all. So here it is--


8 ways to overcome low self esteem;

1) Face your fears. It will definitely boost your self confidence.

2) Always reward yourself when you have done something successfully.

3) You will definitely succeed if you focus on your strengths and use them.

4) When you do something, make sure you do it well.

5) You may sometimes feel self-conscious. You must fully learn how to keep attention off yourself.

6) Never drive on your past mistakes and failures.

7) Identify your weakness to improve yourself.

8) Strive to do better but dont criticize yourself if you cannot dance gracefully cuz we are imperfect.


Hope this can help you, bye.



Thursday, 23 April 2015

Ha Jodoh!


Aku baru habis lunch hahahahahahahahahahah ha sorang-sorang sebab aku tak suka makan dengan orang; selalu kucing-kucing yang teman aku makan.

Sambil aku makan sambil aku fikir kenapa sampai sekarang aku takde boyfriend. Entah lah ni first time kot aku tiba-tiba terfikir gitu. Aku tak tahu lah tapi aku rasa perempuan yang cakap dia tak suka kat sape-sape ni cam tengah tolak fitrah yang sedia ada. Perasaan suka, eh of course beb semua orang ada. Kau nampak lelaki yang handsome sikit terus terbit rasa suka, camtu je. 

Banyak persoalan yang timbul bila aku fikir pasal sebab apa aku takde boyfriend sampai sekarang. Ye la aku fikir gak, dulu time badan aku obes tahap 2 sudah terang lagi bersuluh lah susah en orang nak suka kat aku. Sekarang aku on the way nak dapat berat normal pun takde orang yang suka kat aku. Ha dia gitu--

Aku fikir-fikir balik, Allah nak pelihara diri aku dari tercemar dengan pujuk rayu seorang lelaki yang belum halal bagi aku ke(?) Sebab aku tak sure. Dosa aku ni banyak dia aku rasa boleh telan satu lautan atas dunia ni. Aku jadi tak sure sebab aku rasa tak layak nak dapat simpati dan kasihan dari tuhan. 

Entah. Mungkin Allah dah bagi hint untuk aku biar sebelum kahwin hidup dengan keluarga je jangan cemarkan diri dengan yang namanya percintaan sebelum kahwin. Atau mungkin aku belum layak untuk rasa cinta manusia sebab cinta Allah belum lagi jadi nombor satu.

Kenapa yang aku gian sangat nak bercinta ni pun aku tak tahu lah. Dia rasa ni tiba-tiba datang lepas aku tengok cerita korea ha kau rasa cam tetiba je kan ni. Memang asal aku tengok cerita korea je mesti aku berangan nak ada boyfriend. Pastu bila tak ada orang yang suka, jadi meroyan. Tapi ok gak lah, kalau aku langsung tak rasa apa-apa dengan manusia, takkan aku nak bercinta dengan kucing aku pulak kan. Ini fitrah nama dia ha gituh. Cinta manusia memang ada tapi cinta Allah tetap perlu jadi nombor satu. 


Sebab dunia diciptakan untuk manusia tapi manusia diciptakan untuk akhirat.




Monday, 20 April 2015

Spread The Vibes!


In order to be a good person, you need to have a good attitude. Not just good, but beyond that.

Apparently, im not. I am very far away from what you have seen of me. Sorry but i tend to fake myself whenever im with people. You dont know what it feels when one has totally destroyed your confidence. There will be a remarkable changes happening in your life because you will be disagreeing with everything that you used to like back then. Like how you used to dress in pastels and there were this young people talking behind your back saying how terrible you were in that garments. And then, everything stops. You dont wear what you like and you stop eating your favourite food. Well obviously you will stop doing everything that you like because you dont have the guts to confront people when you always feel insecure about your tiny little identity. I mean, look at me. I dont even have the confident on the way i look when i go out. Sorry but thats why i am different from others because im good at faking myself. Hey, if that wont make me a bitch, why should i worry ahaks!

So as if you know what you are doing and people keep blocking your way, stand there and keep doing what feels right.



Spread the good vibes! (even if you dont have the best attitude, at least spread the vibes ahaks!)






Friday, 3 April 2015

Belum Jatuh



ADA KE YANG KALAU DITANYA KAU NAK BERJAYA DALAM HIDUP TAK DAN DIA KATA TIDAK?


ADA KE YANG MASIH BELUM PUNYA CITA-CITA WALAU SEKECIL KUMAN?


ADA KE YANG TAKDE PERASAAN BILA DITANYA HIDUP KAU BILA NAK BERJAYA KALAU ASYIK BEGINI/BEGITU?


ADA KE YANG MASIH BELUM PUTUS HARAPAN BILAMANA AKU TANYA HAL BERKAITAN HIDUP DIA DAN DIA RASA MASIH BELUM MAHU JATUH?





Kalau ada, aku mohon kau bantu mereka yang hampir terjatuh--Aku.







Saturday, 28 March 2015


my question is, how stupid people can be when it comes to their child problems and they cant fix it--you blame the society for your child (behaviour) lost--but the problem is itu anak kau.

sorry but i think some of these problems are occurred due to parental negligence, you with me?




Tuesday, 24 March 2015

Ketetapan Iman


Salam alayk.

Kalau nak diceritakan pasal ketetapan iman dalam hati seseorang, kau boleh? Kadang aku fikir macam mana ada sesetengah orang boleh judge a person's imaan by their look and appearance. Sebab kau pun tahu manusia ni iman dia ada naik ada turun. Nak suruh orang sentiasa mujahadah memang lah boleh tapi apa guna Allah keluarkan syaitan dari syurga? Syaitan dah janji kat Allah dik dia nak sesatkan anak Adam sampai datangnya hari kiamat. Manusia ni pulak kerjanya asyik nak su'udzon dengan orang dopulopat jam. Sebab tu syaitan rasa kerjanya mudah kerna manusia memang kalau iman dia dijentik sikit je pun, dia dah leh jadi serapuh biskut semperit ha gitcew.

Solusi dia kalau nak tetapkan iman dalam diri, kalian perlu sentiasa improve diri dari semasa ke semasa sebab cam yang hakak cakap tadi dalam diri manusia ni tak kira ko ustaz ke pakai tudung labuh ke tak ustaz ke pakai tudung singkat ke, semua ada waktu dimana iman dia pasang surut. Bila iman tu dah berbolak-balik cam air pasang surut, masa tu lah ko kena bangkit, ko kena mujahadah, ko kena lawan. Biar orang pandang kita ni cam hipokrit dik sebab perangai kita ni cam kadang baik kadang jahat sebab yang namanya manusia ni sampai bila-bila tak akan dapat pegang title maksum. 






Friday, 13 March 2015

A Day To Remember.


Salam khamis dan selamat bergembira disisi keluarga tercinta walaupun harini hari bekerja.

Ok so yesterday 11/3 was my birthday and obviously la akak nak cerita apa yang telah terjadi semalam kan ek eleh kasi la akak chance siket nak cerita pasal birthday akak ok ko jangan nak caras.

Alkisahnya (konon dalam cerita dongeng weh), a week before birthday akak, kawan-kawan liar akak kat whatsapp ada cakap pasal kalau birthday akak ni mesti dorang celebrate, birthday dorang em harooooooooom la bebudak nak celebrate wahahahahahahahahaha i feel special la gitu dalam hati kan tapi tak tunjuk la kat dorang kang reputasi gangster akak jatuh dik.

Pastu semalam sepatutnya dorang datang sebab nak isi Wani punya upu sebab dia takde internet kat rumah so akak panggil la dia datang rumah isi guna laptop akak dengan dak Sakinah. Makanya, diorang pun datang sekali dengan dak Zafirah yang mana sangat jarang ye nak datang rumah hakak sebab dia tak berani bawak moto padahal haritu dia amik lesen moto sekali dengan akak dan dia lulus ya anak-anak. Pastu ko boleh teka dah kan projek dorang cam nak buat acah surprise birthday party anjuran pompuan-pompuan liar (excuse us but thats what we call ourselves when we are together).

Zafirah | Sakinah | Wani
(kau boleh agak kan yang paling liar tu dak Sakinah hahahahahahaahahah)


Sebenarnya banyak lagi ha ko bayangkan buat party liar makan jajan je weh. Pastu ada hadiah kan ko nampak kan ko nampak kan. Teka la apa-

     

Ha akak ko dapat nanas weh. Sebab hakak suka makan nanas so dorang bagi nanas lawak ke tidek? Tapi yang penting party liar berjalan dengan lancar siap bukak lagu leliar lagi ha ko nampak tak party ni best gila weh hahahahahahahahahahahahahahaha


Ok last, I pray to the Greatest to let our friendship be remain forever fi dunya wal akhirah. You guys are rock! Have a bless day and future muah kit okbye & thankyou for the wishes.

& thankyou mom for giving me the opportunity to live on this dunya cuz without you where would this liar girls be at kan ok gelak kit peace!







Sunday, 22 February 2015

Perkampungan Menara Gading Selangor 2015.


18 sampai 21 feb haritu aku ada join program under pepias which is Perkampungan Menara Gading kat Universiti Malaya.

Ni aku nak share apa yang aku dapat sebab setakat ni takde siapa lagi yang ada tanya aku apa yang aku dapat kat sana so aku share la kt sini wahahahahahhaha. Lagipun abang tutor aku pun ada cakap 'kang kau balik kang ko nak jawab pe kt mak bapak ko apa yg ko dapat kt sini, nk cakap aku ajar ko jalan itik je ke?' (ajar jalan itik sebab bila group haku buat salah ke, tk dapat jawapan ke nnt kena jalan itik)


 Ok ini tutor iols, Abang Zhafir & one of my group members.


Ok aku nak share ni ha baik ko baca sampai habis.

Day 1 -

Al Hujrat: 13 - Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 

Sudah terang lagi bersuluh ini pasal perkenalan kan?

So apa yang aku belajar adalah nak kenal orang, kita kena tahu 4T. Taaruf, tafahum, ta'awun, takaful.

- Taaruf ni cam kita kenalkan diri kita kat orang la pastu baru kita dapat rasa kasih sayang dan ukhuwah sesama kita.
- Tafahum ni saling faham & memahami. Kita kena faham orang lepas kita dah kenal dia. Faham pasal dia, nape dia jadi cam sekian-sekian, nape perangai dia cam sekian-sekian ke ha gitu.
Ta'awun ni tolong. Kita bila dah kenal orang, kita mesti tolong dia ala cam kalau kawan ko tkleh nak jawab soklan addmaths, pastu ko tolong dia.Tapi sebenarnya dgn orang yg ko tak kenal pun ko kena tolong kalau dia nk mintak tolong. Ko jgn nk rasis pulak bab nak tolong orang ni.
- Takaful ni pulak jaga kebajikan cam hulur bantuan kewangan jika diperlukan, membantu bila ditimpa kesusahan atau tanya pasal keperluan cukup ke tak cukup ke ha gitu.


Day 2 -

Hari kedua, tutor kiteorang cerita pasal setiap manusia ada kelebihan & kekurangan, pastu bila kita nak apa-apa pun, mesti akan ada halangan walau seketul kuman pun dan last sekali pasal potensi diri.

Cerita pasal potensi ni, ada satu quote yang tutor bagi which is "You Are What You Think". Kau tahu apa yang kau nak, kau tahu kemampuan diri kau, kau tahu apa yang terbaik untuk kau sendiri, bukannya orang lain. Bukan mak bapak kau bukan kawan kau bukan kucing kau. Diorang semua hanya akan support kau atau akan tolak benda yang kau paling nak dalam hidup. Sebab tu bila kita dah tahu apa potensi kita, kita kena usaha.

Pastu petang pulak tutor bincang pasal matlamat. Kenapa kita kena ada matlamat? Bila kita ada matlamat, kita akan tahu hala tuju kita ke mana dan kita akan tahu apa cara yang terbaik untuk kita capai matlamat.

Day 3 -

Hari ketiga tutor share pasal persediaan. Allah bagi keutamaan untuk kita bersedia melalui pandangan, pendengaran dan hati supaya kita menjadi orang yang beriman. Nak jadi orang yang bersedia ni, kita kena ada ilmu, fokus, selalu bertanya dan jati diri.

Ilmu ni ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Islam amat memberi kejayaan. Bila kita nak ilmu, perlu berguru sebab nak bertanya. Tutor kiteorang cakap dalam hidup kita ni, semua orang mesti tahu pasal common sense, mesti tahu fikir logik sebab ayyyyyy ko nak jadi pe kalau taktahu pasal keadaan semasa ha gitu ler kabor nye.

Sebab kena fokus ni pulak cam kalau kau nak cari ilmu, tapi ilmu tu duduk tersorok dalam kegelapan, takkan kau nak bior je. Ko nak orang panggil ko bodo ke hak alah. Dengan itu ya kawan-kawan, ko kena la pergi bertanya, pergi merujuk kepada orang yang berilmu dan jangan lupa untuk fokus dengan ilmu yang disampaikan hoccay chuols.

Jati diri ni pulak kau akan dapat bila kau cari ilmu dalam keadaan berfokus. 

Malam tu ada sharing session dalam slot CaCaCa pasal kehidupan di universiti. Aku boleh cerita tapi aku rasa cam ko boleh imagine sendiri kan apa pros & cons dia.

Day 4 -

Last day. Pagi tu last sharing session kiteorang dengan abang zhafir. Kiteorang belajar pasal jemaah. Cam macam mane nak cari kawan, jangka masa kita dalam bulatan gembira jemaah tu sekejap ke lama ha gitu la.

Kita kena hidup berjemaah ni sebab dengan hidup berjemaah kita dapat mengangkat hak masyarakat lebih daripada hak individu. Hak individu ni pulak penting untuk diberi kepada masyarakat sebab masyarakat tu sendiri terdiri daripada individu. Pastu baru lah kita boleh berbakti kepada masyarakat tanpa mementingkan diri sendiri ha gicew.

Kenapa pentingnya jemaah tu?
1) Ukhuwwah
2) Melengkapi antara satu sama lain
3) Upgrade diri



***


Ok dah pastu terus majlis penutup & aku terus balik. Tak sempat nak tangkap gambar dengan tutor & dengan dak-dak group ku yang ku chentai sekalian.


Hahahahahahahahahah ada gambar dengan sakinah, kema & kak nisa je sebab semua aku kenal hahahahahahahahaha rakusnya aku ini ya tuhan.


Ok moga ilmu yang aku share ni dapat dimanfaat sepenuhnya sebab kalau tak nanti rugi sepanjang zaman ko tahu tak abang zhafir ni tutor lain daripada lain sebab dulu aku join program pepias pun dapat tutor laki gak tapi ay dorang ni memang lain la cerita dia ha gituh. Ciao!


#pmgs15 #pepias #gphu






Thursday, 29 January 2015

INSECURITIES | 2015


Dulu kecit-kecit ko tak penah ada zaman kegemilangan ke? Sebab aku ada.


Siapa kata dak dak pompuan gemok ni sentimental dia hanya cenderung dan tertumpu kepada makanan yang lazat sahaja dia bodoooooo sebab ko hengat ko yang kurus cekeding biskut kering cicak kobeng ni je ke yang ada perasaan sedikit terangsang (perasaan ok) kepada lelaki kacak. Rasanya semua pompuan akan jadi cam bajet gedik, bajet konfiden, bajet bebetul kan tudung ke ape ke kan bila jumpa laki hensem, termasuklah golongan pompuan yang free size. Aku ni kalau ko ada kategori kumpulan untuk saiz badan, aku yang besar/lebar/pendek. 


Aku rasa zaman aku yang paling bajet time aku form 1-2. Kan aku sekolah petang, so bila pagi tu aku ada time sikit nak berhias ibarat pompuan plastik ke sekolah. Aku ingat lagi ada beberapa orang menegur dengan kata-kata yang baik dan buruk di atas kejadian aku ke sekolah dengan sedikit sentuhan mekap seperti maskara dan lip balm yang kalau kau kau pakai serta-merta bibir kau merah bak delima. Nah ambik ko sedikit lakonan semula-

"Kening Haiqal tebal do pastu bersambung pulak cam minah arab" (padahal dia taktau haku guna maskara dengan niat hendak menunjuk kepada lelaki yang aku suka bahawa memang badan aku besar tapi kening aku boleh memberikan wow factor kepadanya)

"Ko ni nak pergi sekolah bibir merah-merah nak jadi badut ke?" (Ini paling best sebab tragedi ini keluar daripada mulut bapak haku sendiri)

form 3

Aku naik form 3 lagi la huru-hara. Aku rasa bila dah besar ni aku pikir balik nape time aku form 3 dulu aku tak start fan-girling dgn aktor&aktres korea supaya personaliti plastik aku semakin membuak-buak walaupun aku obes tahap 2 time tu. Tapi walaupun aku bergerak solo tanpa bantuan artis kpop, aku tetap istiqomah dengan identiti plastik aku. Sebab laki yang aku suka masa form 3 dulu sama kelas dengan aku, so bilamana aku lihat cermin, aku akan betulkan tudung sampai walau sesaat angin kencang tidak dapat mengalahkannya. Pastu aku kalau rehat hanya beli air kotak ok dengan harapan akan terserempak dengan lelaki yang dicintai dan dia bermonolog dalam hati "Haiqal rehat minum air kotak je? Diet ke do? Peh cane kalau dia kurus nanti" Hahahahahahahahah itulah dia aku time form 3.

form 4

Form 4 aku rasa cam dah tobat sikit kot sebab pindah sekolah pastu jumpa balik kawan-kawan lama sekolah rendah so perangai aku jadi lain sikit la hak alah ko ni takkan aku nak belakon jadi fazura pulak kalau badan besar gini. Form 4 aku yang aku ingat, aku telah tinggalkan segala agenda mekap aku sebelum ke sekolah kerana tiada kumbang yang tertarik dengan bunga ini hahhahahahahaha takdelah. Aku rasa ko kalau ko dah matang, ko takde nak buat bende bodo lagi la kot bila dah besar ni. Lantas aku semakin menjadi diri aku sendiri dan pendirianku kembali jitu cam dah back on track gitu. Tapi berat badan tetap maintain obes chuols! whaahahahahahahah.

form 5

Naik form 5, dah normal. Otak kiri dan kanan boleh berfikir dengan lebih seimbang (cite die cam aku ni seorang kanak-kanak yg baru mumaiyiz tau). Maksud dia, aku dah kat ph7, ok. 


DULU JADI PLASTIK SEBAB KURANG KONFIDEN KOT-





Thursday, 8 January 2015

Its 2015!


Rasa macam pelik pulak kalau hayat aku ni digunakan hanya untuk bermain seketul bola badminton bersama raketnya sahaja ha gitu drama sangaaat. Jadi aku pun dengan girangnya selepas habis spm hanya duduk di rumah melepak diatas katil dari pukul selepas isyak sampai la pukul sebelum subuh. Nak ajak teman seperjuangan meleset tak tentu arah takleh gak sebab dorang semua ada hal ye la lepas habis spm ni la orang nak keje nak bincang hal kawen nak dating dopulohpat jam nak belajar masak nak belajar jahit ha sume tu la kita yang kat rumah ni mana lah nak tahu weh yang aku tahu lepas bangun subuh haku tidor balik sampai pukul sepuluh, mandi pastu masuk bilik tidor balik wahahahahahkakaakak ko rasa tak dalam hati ko 'minah ni kalau kawen dgn haku mesti beradventurous hidup haku' Yela kan, mana aku nak dapat keceriaan dihati ini tatkala teman-teman semua rakus mencari rezeki untuk membeli seketul iphone yang kurang zat jika terjatuh, punah kecai semua ha amik ko diskripsi aku sungguh berwawasan. Jadi duduklah aku bersama seekor bulma meniti detik-detik riang seorang orang bersama seekor kucing seperti ketawa bersama menangis pun bersama.


2015, Masuk tahun baru, aku masih disini.