Saturday, 11 October 2014

Couple Islamik?



"eh kita ni sebenarnya tk boleh macam ni. tak elok kita buat camni."

"Sejak daripada tu, diorang praktikkan Couple Cara Islamik sebab nak 'jaga'. Kalau keluar tak main lah gi taman-taman gelap, sekarang ni kalau keluar gi kat tempat terbuka yang ramai orang sbb nak elakkan fitnah katenyer. Pastu kalau mesej panggil abi umi, baru la dgr cam soleh & solehah. Keluar sesama, yang laki pakai jubah berkopiah, yang pompuan dgn tudung labuh sambil dua-dua jalan pegang quran. Pastu kalau jalan, yang laki jalan depan, yang pompuan jalan belakang. Kira sopan la ni sebab tak kawin lagi."

Sebenarnya boleh tak kita halalkan apa yang haram?

Macam sorang mamat mualaf ni, sebelum Islam, dia hari-hari makan babi. 
Satu hari dia masuk Islam. Dia tahu orang Islam tak boleh makan babi sbb harom.
Tapi dia teringin sangat nak makan babi. Dia pun bela la sekor babi. Ha bela ikut gaya Islam. 
Macam ternak lembu kambing. Babi tu pun dah besar, dia nak sembelih. Nak masak bakkut teh katenyer. Dia pun sembelih lah ikut cara Islam. Niat, putuskan urat halkum & merih.
Dah siap masak, dia makan. Dia nampak imam lalu, "Eh imam, saya masak bakkut teh pakai babi halal, saya bela sendiri. Meh a rasa." 

Astaghfirullahal'azim................................(imam ceramah) Last sekali imam kata,


"Yang haram tetap haram."




Salam babe!


Betulkan Mindset.



Salam alayk.

Aku tengok sekarang ni ramai yang selalu sangat suudzon dengan orang. Orang tu tak salah pun, dia nak salahkan jugak. Sebab apa? Sebab cemburu. Dia tengok orang tu hebat sikit, dia tak tahan. Dia nak dia je yang bagus kat mata semua orang.

Aku kalau aku tak suka orang, aku lek je. Aku cuma fikir yang kalau dia bagus, kenapa kita tak belajar jadi bagus cam dia. So, kalau kita tak suka orang, cuba berkawan dengan dia. Nanti sama-sama jadi bagus. Ha gituuuuu.

Ingat ni:

Kalau kita selalu sangat suudzon dengan orang, macam mana kita nak dapat kemanisan iman?

Dulu aku ada tak suka sorang budak ni sebab aku nampak dia cam berlagak purrrrfect sangat pastu cam semua laki pandang dia. Tapi aku betulkan mindset aku balik. Macam mana kalau aku try kawan dengan dia lillahitaala. Ma shaa allah, hengkorang tahu tak budak ni perangai dia uish kalau adik kau comel, dia lagi comel wahahahah rasa cam seronok gile weh kawan dengan dia.

Orang yang kita tak suka tu sebenarnya rilek je. Dia pun tak tahu yang dia tu bagus sangat sampai orang lain iri hati dengan dia. Tapi tu la manusia, bila sekali kau dah suudzon dengan orang, habis la setan korang keluar suruh teruskan benci si polan ini sampai hari kiamat sebab kau tak akan boleh setanding dengan dia sampai bila-bila.

Baik kau betulkan mindset kau dengan kadar segera sebab nak masuk syurga Allah ni bukan senang.