Monday, 11 August 2014

Jatuh Hukum.


Orang sekarang ni perangai pelik siket. Tak kiralah anak muda ke orang tua ke sama je semua.

Gi memana ada je yang,

"Woi kau pakai baju pe ni? Besarnya. Kita ni bukan nak pegi sejid."

"Engko ni Tijah, baru anak satu badan dah macam orang anak dopuluh."

"Kau tahu tak, orang zaman sekarang ni pakai baju beso, berstokin, bersocks hand bagai sbb nak tunjuk alim kat laki je."


Aku tak tahu lah orang kita sekarang ni kenapa belambak yg ada perangai gini. Aku rasa aku pun kot.
Kadang kalau aku tak jatuh hukum kat kawan, aku buat kat adik kakak aku wahahahahahah. Tapi benda ni memang tak elok sebenarnya. Rasa cam bila tengah buat tu, kita cakap dulu baru kita pikir. Tak ke bodoh?

Kalau aku dengar orang jatuh hukum kat orang lain ni, aku bukan cam direct je cakap "woi, ngko tak sedo diri ker ngko tu pun ada gak yg kurangnyer." Aku ni jenis yang kalau dengar, aku senyap je. Aku tak reti nak tegur. Aku takut kalau aku tegur nanti dia tarik muka taknak kawan dengan aku. Ha yang ini lagi bodoh.

Cerita dia sekarang ni, baik kita tak payah nak cari salah orang.
Kalau kita tak suka, kita blah.

Komunikasi penting.
Jangan ingat kalau benda tengah pegun, dia takde masalah &
Jangan ingat kalau benda tengah terkinja, dia pun takde masalah.