Monday, 24 March 2014

#theSunnahtheBetter--Smile


pandang je--
kau dah boleh letak 
deskripsi untuk perkataan
bajet sombong

macam kalau kau pandang aku--
kau boleh cakap kat orang
'muka sombong habis dak ni'
ha tu dia

dia macam ni--
aku memang tak suka senyum
walau aku tahu senyum tu 
satu sedekah

ini yang aku nak kata--
senyum lah kat semua orang
yang kau kenal atau tidak
in shaa allah rating pahala naik



xx




Friday, 21 March 2014

Asal.



Manusia hidup atas muka bumi kau kira dengan tujuan apa?

Bukan aku suka-suka buat andaian awal--
Tapi memang ini lumrah manusia.

Ramai manusia sekarang--
Munafik 'alim.

Tahu? Munafik 'alim.

Munafik 'alim--Depan orang kemain 'alim tapi dibelakang orang dia sebaliknya.

Ha ye--
Itu le munafik 'alim.

Entah-entah aku pun--
Aku bukan sedar.

Sebab tu--
Kena minta & berdoa kat Allah.

Supaya setiap saat--
Diri kita terpelihara dari sebarang 
Perkara yang terkutuk.

Tak payah susah-susah fikirkan kesempurnaan
Sebab mana ada manusia sempurna--
Ikut logik akal; semua orang ada dosa ada salah
Dengan Allah dengan manusia
Walau sekecil zarah sekalipun.

--

Sebab,
Kau sebagai manusia atas dunia,
Kena berusaha untuk jadi seorang khalifah,
Biar nanti kau berjaya dunia akhirat.

xx







Saturday, 1 March 2014

Penasaran.


Aku penasaran bagaimana hati dan perasaan manusia berfungsi


Ada waktu dimana hati yang suci hendak aku robek melihat isi merah terkandung pejal dengan inti apa--aku jadi penasaran

Dan ada waktu dimana aku lihat hati yang kotor itu di kasi bilas dengan cucian apa--aku penasaran

Semua orang ada hati macam ni sebenarnya
Cuma watak itu akan keluar pada peringkat yang berbeza-beza
Bohong kalau kau cakap kau takde

Itu yang aku penasaran,
Bila dia nak keluar? Ada amaran awal ke tidak?
Sebab aku nak bersiap sedia dengan senjata moden bilah keris badan sado



xx