Thursday, 16 January 2014

Ada Satu Cerita.



Aku belajar macam mana nak kawal hati aku--alhamdulillah aku berjaya.
Aku tahu aku boleh jadi seorang yang lebih baik.

Dah.
Aku dah lepaskan perasaan aku--semuanya.




Aku harap biarlah perasaan aku kekal macam ni untuk sementara.
Biar aku usung masalah aku sendiri--aku boleh aku tahu aku boleh.
Ini masalah aku--biar aku settle sendiri.




Saturday, 11 January 2014

Aku Terjumpa Satu Coretan.



Assalamualaikum solehah.

Apa khabar hati dan imanmu hari ini?

Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya.

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?

Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.

Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.

Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.

Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.

Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.

Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.

Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.

Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. 
Sebagai tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.

Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.

Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.

Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.

Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.

Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.

Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,

semuanya akan menjadi tersangat indah.

Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.

Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.

Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.

Penantianmu akan hadir dengan sebenar-benar persediaan. 

Ilmu, hati dan doa perlu dirapi.

Andai belum cukup bersedia, mujahadahlah wahai solehah.

Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.

Selamat bermujahadah sayangku solehah--



Aku terjumpa satu coretan daripada seorang muslimah yang mana aku kagum dengan budi pekertinya. Bersungguh dia jelaskan tentang fitrah hati kita. Baca ayat pertama, aku dah jatuh cinta dengan coretan dia. Sungguh, aku yakin aku boleh kawal hati aku, fitrah aku dengan baik lepas ni. 

Jazakallah Khairan Kathira, ukhti! :)




Thursday, 9 January 2014

Apa Yang Aku Rasa.



Tekanan dia tinggi--stres

Umur meningkat tujuh belas tahun--SPM

Suka simpan dalam hati pasal semua perkara--terpendam



Orang lain tak tahu pasal apa yang aku tahu. Aku memang jenis suka simpan semua benda yang sedih-sedih dalam hati. Aku fikir, biar lah aku selesaikan sendiri masalah aku--masalah hati aku, perasaan aku. Bila umur dah tujuh belas tahun, semua benda yang tak perlu, aku nak. Pernah banyak kali aku gagal nak kawal perasaan biar tak rasa kecewa; kenapa rasa suka mesti kena ada wey? Aku tak nak! Aku teringin nak rasa cinta, tapi aku memang tak nak. Aku teringin nak rasa disayangi, tapi aku sungguh-sungguh cuba untuk menafikan perasaan suka. Aku tanya dekat diri,

'kenapa perlu perasaan suka tu wujud?'

Aku dapat jawapan yang perasaan suka tu memang fitrah semula jadi manusia. Semua manusia ada perasaan suka. Cuma aku yang terlalu memaksa diri menjauhkan fitrah tu daripada diri aku sendiri. Aku takut rasa suka tu mengganggu ibadah aku. Itu yang paling aku takut. 


Aku cuba untuk elak perasaan suka, tapi dia kerap datang. 
Dekat sekolah, aku selalu berlagak jadi  macam orang belum matang--padahal aku sebaliknya.
Aku taknak tunjuk perasaan suka tu dekat orang yang aku suka.
Sebab, bila aku suka sesiapa--aku tak main-main.


Tapi bila kecewa, aku akan diam--lama.