Tuesday, 2 December 2014

Penyakit Hati.


"Ada ke orang dalam dunia ni yang takde perasaan?"




Kalau nak tanya aku, aku ni nampak je cam takde perasaan sebab hati aku ni cam zombie sikit, kejap dia rasa kejap dia tak rasa. Tapi kalau kau pikir balik en, tak logik bro kalau kt dunia ni ade pompuan yang takde perasaan. Kau ingat senang ke nak sorok perasaan daripada orang lain. As an example kalau ko nak sorok perasaan dari orang yang ko suka, uish susah weh--it takes time & effort.

Ok kau nampak tak aku nak sampaikan apa ni?
K ciao!




Friday, 28 November 2014

281114



& maybe i still dont know how to act when there is a man standing right in front of me.




Monday, 17 November 2014

Hablumminannas


Ada satu kes. Aku tak tahu macam mana nak bagi citer ni kalau ko bace, ko rase gempak kebabom sangat tapi aku heran ape, kalau ko nak bace ko bace la ok yg bener gitu.

Aku tak tahu macam mana nak letak hukum kat orang yang bercinta tapi dia tak rasa yg dia tgh bercinta sbb dia nak rasa cinta yang halal je. Pastu aku rasa cam dorang ni "pebende do kalau tak bercinte asal mesej bagai nak rak siang malam pastu kt instagram post gambar tarok quote ala-ala manjew-manjew gitu hak alah nyampah"

Aku pun tanya la sorang si polan ni yang rasa dirinya seperti teman tapi mesra sahaja bersama si dia sebab aku rasa cam geram bro pompuan laki ajnabi buat gini. Kate nak rasa cinte halal tp ikhtilat tak reti jage.

"Ko becinte ke dgn pompuan tu hak alah kalau nak kenal buat bini pun, jage lah siket"
"Mane de bro, harooooom bercinte ni takkan ko tk tau"

"WEI KO INGAT MESEJ-MESEJ, SELPI DEKAT-DEKAT, SUAP-SUAP MAKAN, DOK RAPAT-RAPAT SUME TU TAK HAROOOOM KE SETANNNNNNNNN!", kata aku didlm hati.

Aku tak reti nak letak hukum sebab aku takut kalau aku jumpa laki yg aku suka, aku buat gini gak. Kang aku ceramah orang bagai nak rak, pastu aku pun jadi cam dia. Sebab tu aku pikir, ni baru kes nak jaga hubungan dengan manusia, yang dalam aspek jage ikhtilat kita dah gagal.

So, jadikan hubungan kita dengan Allah sentiasa attach to each other sebagai priority--bukan manusia. Ciao!




Monday, 3 November 2014

Changes; Emotions ft Feelings



Being a 17 year old teenager, a woman, a lady or even a girl is not an easy task for you to handle you know. I am one of them. Yes, 17.

I have learnt that as you grow and grow and grow, your appearances will be  different. & the most important thing is, your hormones. It will totally changed. TOTALLY.

As a teenager myself, i think that our mind are completely have been renewed by the environment or the surrounding. I dont blame myself if suddenly i have a crush towards someone. Luckily, no. I dont. Or yes? Entah.

So today i would like to discuss about emotions/feelings.

Let say that i like this man & i dont know what to do if i bumped into him. Should i say hi or hello or just remain silent & act like theres nothing happen or just stand still & watch him walks away.

& guess what?

Instead of doing all of that, i will just walk away. I tend to get confused when it comes to 'should i say hi to him or just walk away'. & thats why i am alone, living in this darkest cruel evil world stuck in a pool of lies filled with joy, happiness, gratitude & a confused state of mind!

But what if  i ever like someone? Honestly, if i like someone or maybe i really like someone now, i will keep my distance away from him & i will try as hard as i could to stay away from him because i know if i ever get to know him well, i'd fall for him. Yknow what i mean, yes?






Saturday, 11 October 2014

Couple Islamik?



"eh kita ni sebenarnya tk boleh macam ni. tak elok kita buat camni."

"Sejak daripada tu, diorang praktikkan Couple Cara Islamik sebab nak 'jaga'. Kalau keluar tak main lah gi taman-taman gelap, sekarang ni kalau keluar gi kat tempat terbuka yang ramai orang sbb nak elakkan fitnah katenyer. Pastu kalau mesej panggil abi umi, baru la dgr cam soleh & solehah. Keluar sesama, yang laki pakai jubah berkopiah, yang pompuan dgn tudung labuh sambil dua-dua jalan pegang quran. Pastu kalau jalan, yang laki jalan depan, yang pompuan jalan belakang. Kira sopan la ni sebab tak kawin lagi."

Sebenarnya boleh tak kita halalkan apa yang haram?

Macam sorang mamat mualaf ni, sebelum Islam, dia hari-hari makan babi. 
Satu hari dia masuk Islam. Dia tahu orang Islam tak boleh makan babi sbb harom.
Tapi dia teringin sangat nak makan babi. Dia pun bela la sekor babi. Ha bela ikut gaya Islam. 
Macam ternak lembu kambing. Babi tu pun dah besar, dia nak sembelih. Nak masak bakkut teh katenyer. Dia pun sembelih lah ikut cara Islam. Niat, putuskan urat halkum & merih.
Dah siap masak, dia makan. Dia nampak imam lalu, "Eh imam, saya masak bakkut teh pakai babi halal, saya bela sendiri. Meh a rasa." 

Astaghfirullahal'azim................................(imam ceramah) Last sekali imam kata,


"Yang haram tetap haram."




Salam babe!


Betulkan Mindset.



Salam alayk.

Aku tengok sekarang ni ramai yang selalu sangat suudzon dengan orang. Orang tu tak salah pun, dia nak salahkan jugak. Sebab apa? Sebab cemburu. Dia tengok orang tu hebat sikit, dia tak tahan. Dia nak dia je yang bagus kat mata semua orang.

Aku kalau aku tak suka orang, aku lek je. Aku cuma fikir yang kalau dia bagus, kenapa kita tak belajar jadi bagus cam dia. So, kalau kita tak suka orang, cuba berkawan dengan dia. Nanti sama-sama jadi bagus. Ha gituuuuu.

Ingat ni:

Kalau kita selalu sangat suudzon dengan orang, macam mana kita nak dapat kemanisan iman?

Dulu aku ada tak suka sorang budak ni sebab aku nampak dia cam berlagak purrrrfect sangat pastu cam semua laki pandang dia. Tapi aku betulkan mindset aku balik. Macam mana kalau aku try kawan dengan dia lillahitaala. Ma shaa allah, hengkorang tahu tak budak ni perangai dia uish kalau adik kau comel, dia lagi comel wahahahah rasa cam seronok gile weh kawan dengan dia.

Orang yang kita tak suka tu sebenarnya rilek je. Dia pun tak tahu yang dia tu bagus sangat sampai orang lain iri hati dengan dia. Tapi tu la manusia, bila sekali kau dah suudzon dengan orang, habis la setan korang keluar suruh teruskan benci si polan ini sampai hari kiamat sebab kau tak akan boleh setanding dengan dia sampai bila-bila.

Baik kau betulkan mindset kau dengan kadar segera sebab nak masuk syurga Allah ni bukan senang.




Thursday, 11 September 2014

Beauty doesnt have a weight limit. (ke)


"You are not fat, you are just easy to see."



Salam babe. BMI kite overweight lagi. Kalau turun satu kg lagi, kite dah normal. Tapi, kite asik mkn je. Hm sedih lah kite babe.




Monday, 11 August 2014

Jatuh Hukum.


Orang sekarang ni perangai pelik siket. Tak kiralah anak muda ke orang tua ke sama je semua.

Gi memana ada je yang,

"Woi kau pakai baju pe ni? Besarnya. Kita ni bukan nak pegi sejid."

"Engko ni Tijah, baru anak satu badan dah macam orang anak dopuluh."

"Kau tahu tak, orang zaman sekarang ni pakai baju beso, berstokin, bersocks hand bagai sbb nak tunjuk alim kat laki je."


Aku tak tahu lah orang kita sekarang ni kenapa belambak yg ada perangai gini. Aku rasa aku pun kot.
Kadang kalau aku tak jatuh hukum kat kawan, aku buat kat adik kakak aku wahahahahahah. Tapi benda ni memang tak elok sebenarnya. Rasa cam bila tengah buat tu, kita cakap dulu baru kita pikir. Tak ke bodoh?

Kalau aku dengar orang jatuh hukum kat orang lain ni, aku bukan cam direct je cakap "woi, ngko tak sedo diri ker ngko tu pun ada gak yg kurangnyer." Aku ni jenis yang kalau dengar, aku senyap je. Aku tak reti nak tegur. Aku takut kalau aku tegur nanti dia tarik muka taknak kawan dengan aku. Ha yang ini lagi bodoh.

Cerita dia sekarang ni, baik kita tak payah nak cari salah orang.
Kalau kita tak suka, kita blah.

Komunikasi penting.
Jangan ingat kalau benda tengah pegun, dia takde masalah &
Jangan ingat kalau benda tengah terkinja, dia pun takde masalah.





Tuesday, 10 June 2014

kontaminasi perasaan



obesity?

darjah 5 sampai form 3 dulu kena obesiti tahap 1;
pastu time form 4 berat gua nak cecah 90kg.


bmi sekarang?

overweight sbb bacaan bmi 26.14 <bmi perempuan tk boleh lebih dr 25>

fat content?


burned some...yet still have lots of 'em

whys that?


fat and calories are not smoke; 
they dont disappear, they will stay till u wake up and do something


life?

went well so far alhamdulillah

happy?


inside out

so, lu ni kenapa sebenarnya?


im overweight, ive burned something yet it still there, ive a great life and im happy





you think?



Saturday, 17 May 2014

160514 Selamat Hari Guru


classmates ku yg disayangi sekalian,
kita dah nak spm--sekian terima kasih



selamat hari guru cikgu kimia ku wahahahahha
ini guru kelas cik haiqal iye adik adik--





ok disini kita telah mewujudkan atmosfera 360 ya anak anak sekalian--mmg sudah terang lagi bersuluh palsu tetap palsu hahahahahahahahahahahahah (gelak sbb kat realiti kulit muka lain nau)


hakak ketua penghawas suruh cik haiqal adjust monopod katako


hakak pss yg setia duduk sebelah cik haiqal dlm kelas dari form 1 dulu kot
ha sekarang dah form 5 hahahahahahahahahaha <33333



ok disini kami ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru di seluruh dunia mahupun di kesemua sembilan planet--jasamu tetap kami kenang

semoga Allah memberkati ilmu yang kami pelajari selama ini dan yang akan datang--
Selamat Hari Guru! eheh




Monday, 24 March 2014

#theSunnahtheBetter--Smile


pandang je--
kau dah boleh letak 
deskripsi untuk perkataan
bajet sombong

macam kalau kau pandang aku--
kau boleh cakap kat orang
'muka sombong habis dak ni'
ha tu dia

dia macam ni--
aku memang tak suka senyum
walau aku tahu senyum tu 
satu sedekah

ini yang aku nak kata--
senyum lah kat semua orang
yang kau kenal atau tidak
in shaa allah rating pahala naik



xx




Friday, 21 March 2014

Asal.



Manusia hidup atas muka bumi kau kira dengan tujuan apa?

Bukan aku suka-suka buat andaian awal--
Tapi memang ini lumrah manusia.

Ramai manusia sekarang--
Munafik 'alim.

Tahu? Munafik 'alim.

Munafik 'alim--Depan orang kemain 'alim tapi dibelakang orang dia sebaliknya.

Ha ye--
Itu le munafik 'alim.

Entah-entah aku pun--
Aku bukan sedar.

Sebab tu--
Kena minta & berdoa kat Allah.

Supaya setiap saat--
Diri kita terpelihara dari sebarang 
Perkara yang terkutuk.

Tak payah susah-susah fikirkan kesempurnaan
Sebab mana ada manusia sempurna--
Ikut logik akal; semua orang ada dosa ada salah
Dengan Allah dengan manusia
Walau sekecil zarah sekalipun.

--

Sebab,
Kau sebagai manusia atas dunia,
Kena berusaha untuk jadi seorang khalifah,
Biar nanti kau berjaya dunia akhirat.

xx







Saturday, 1 March 2014

Penasaran.


Aku penasaran bagaimana hati dan perasaan manusia berfungsi


Ada waktu dimana hati yang suci hendak aku robek melihat isi merah terkandung pejal dengan inti apa--aku jadi penasaran

Dan ada waktu dimana aku lihat hati yang kotor itu di kasi bilas dengan cucian apa--aku penasaran

Semua orang ada hati macam ni sebenarnya
Cuma watak itu akan keluar pada peringkat yang berbeza-beza
Bohong kalau kau cakap kau takde

Itu yang aku penasaran,
Bila dia nak keluar? Ada amaran awal ke tidak?
Sebab aku nak bersiap sedia dengan senjata moden bilah keris badan sado



xx



Tuesday, 11 February 2014

A Reminder.



So i guess it was really a huge transformation for me, i know when we were getting bigger (older here) means that we can think beyond anything that we can imagine, matured, wise and i dont know what words am i supposed to put anymore ok whtevr. From what ive learnt, my past was really bad. Im so not a human can describe type back then//hulamak!haha//

From there, i tried to improve. It took awhile since im a bad kid, well you know when you get attached with bad friends and bad environment you will get the bad influences from them though. The attitude of being bad lasted for quite a long time.

Alhamdulillah sekarang, I have learnt to accept the fact that heaven and hell are totally two different places. I always get the imagination of how will i walk across the 'titian siratulmustaqim', am i going to fall (hell) or am i going to survive. Allahu, i am totally regret about what i have done to myself--ya allah i am so cruel.

You should improve from your past. Be more good if you think you are good enough, be kind, be helpful, be patience, be positive, be rational, be someone who has a very clear vision.


Because the dunya was created for you so that you can prepare yourself for the akhirah--
Lets fight for our jannah ya ikhwan wa akhwat!


xx

Thursday, 16 January 2014

Ada Satu Cerita.



Aku belajar macam mana nak kawal hati aku--alhamdulillah aku berjaya.
Aku tahu aku boleh jadi seorang yang lebih baik.

Dah.
Aku dah lepaskan perasaan aku--semuanya.




Aku harap biarlah perasaan aku kekal macam ni untuk sementara.
Biar aku usung masalah aku sendiri--aku boleh aku tahu aku boleh.
Ini masalah aku--biar aku settle sendiri.




Saturday, 11 January 2014

Aku Terjumpa Satu Coretan.



Assalamualaikum solehah.

Apa khabar hati dan imanmu hari ini?

Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya.

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?

Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.

Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.

Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.

Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.

Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.

Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.

Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.

Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. 
Sebagai tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.

Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.

Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.

Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.

Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.

Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.

Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,

semuanya akan menjadi tersangat indah.

Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.

Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.

Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.

Penantianmu akan hadir dengan sebenar-benar persediaan. 

Ilmu, hati dan doa perlu dirapi.

Andai belum cukup bersedia, mujahadahlah wahai solehah.

Doaku untukmu agar selalu dirimu kuat.

Selamat bermujahadah sayangku solehah--



Aku terjumpa satu coretan daripada seorang muslimah yang mana aku kagum dengan budi pekertinya. Bersungguh dia jelaskan tentang fitrah hati kita. Baca ayat pertama, aku dah jatuh cinta dengan coretan dia. Sungguh, aku yakin aku boleh kawal hati aku, fitrah aku dengan baik lepas ni. 

Jazakallah Khairan Kathira, ukhti! :)




Thursday, 9 January 2014

Apa Yang Aku Rasa.



Tekanan dia tinggi--stres

Umur meningkat tujuh belas tahun--SPM

Suka simpan dalam hati pasal semua perkara--terpendam



Orang lain tak tahu pasal apa yang aku tahu. Aku memang jenis suka simpan semua benda yang sedih-sedih dalam hati. Aku fikir, biar lah aku selesaikan sendiri masalah aku--masalah hati aku, perasaan aku. Bila umur dah tujuh belas tahun, semua benda yang tak perlu, aku nak. Pernah banyak kali aku gagal nak kawal perasaan biar tak rasa kecewa; kenapa rasa suka mesti kena ada wey? Aku tak nak! Aku teringin nak rasa cinta, tapi aku memang tak nak. Aku teringin nak rasa disayangi, tapi aku sungguh-sungguh cuba untuk menafikan perasaan suka. Aku tanya dekat diri,

'kenapa perlu perasaan suka tu wujud?'

Aku dapat jawapan yang perasaan suka tu memang fitrah semula jadi manusia. Semua manusia ada perasaan suka. Cuma aku yang terlalu memaksa diri menjauhkan fitrah tu daripada diri aku sendiri. Aku takut rasa suka tu mengganggu ibadah aku. Itu yang paling aku takut. 


Aku cuba untuk elak perasaan suka, tapi dia kerap datang. 
Dekat sekolah, aku selalu berlagak jadi  macam orang belum matang--padahal aku sebaliknya.
Aku taknak tunjuk perasaan suka tu dekat orang yang aku suka.
Sebab, bila aku suka sesiapa--aku tak main-main.


Tapi bila kecewa, aku akan diam--lama.