Saturday, 13 July 2013

Akhlaq dan Aqidah.


Aku ni bukannya cantik mana.

Tapi,

Allah telah kurniakan aku akal yang sempurna untuk aku berfikir dan sempurna tubuh badan untuk aku bergerak, aku bersyukur.

Cuma,

aku hairan bila orang mula bercerita tentang cantiknya dia atau hodohnya dia. Aku tak sangka pula yang kau berani mempertikaikan rezeki dan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada seseorang. Ya, memang tidak dinafikan lagi, kau memang seorang yang jelita, mempunyai susuk tubuh yang sempurna dan akal yang bijak. Tapi sayang, kau terlalu cepat menilai orang.

Pernah kau terfikir?

  • Yang dia menjadi seorang pelacur dek kerana perbuatan teman lelakinya.
  • Tangannya yang hodoh dan hitam itu disebabkan dia menolong ibu bapanya yang sakit dan dia perlu mencari sesuap nasi untuk mereka.
  • Dia menjadi liar oleh kerana perbuatan orang sekelilingnya telah meracuni pemikirannya.

Manusia, apa yang mereka herankan dan lihat hanyalah keburukan semata. Memang tak mudah untuk memujuk diri menjadi seorang yang berjaya melawan nafsu serakah dunia, tapi sekurang-kurangnya kau cuba. Aku cuma nak bagitahu, jangan terlalu cepat menilai orang. Kau tak tahu cerita sebenar. Boleh jadi orang yang tak pakai tudung tu, solatnya lebih khusyuk dan puasanya lebih hebat daripada kau yang memakai tudung. Semuanya dinilai berdasarkan akhlaq dan aqidah. 

Cuma yang pasti, aku memang tidak sempurna.
Salam Ramadhan.